Posts

"Dah berbulan tak dapat angkat tangan"

Image
"Dah berbulan tak boleh angkat tangan, nak tukar baju pun isteri yang tolong!" Itulah jawapan sebaik saya bertanya jika ada sakit tertentu sebelum memulakan urutan. Alhamdulillah, selepas sejam setengah berurut 80% tangannya dapat diangkat. Saya tambah lagi 15 minit ekstra dan syukur 100% boleh angkat seperti sediakala. Kesembuhan itu milik Allah, kita cuma usaha-usaha dan usaha. Setelah itu kita bertawakkal kepada Allah. Ada yang berurut dua tiga kali baru sembuh sepenuhnya, ada yang cuma sekali sudah cukup, ia membuatkan kita rasa kerdil sekaligus mengakui keagungan Allah. Semoga pelanggan-pelanggan saya diberi kesihatan yang baik. Jom berurut! Aziz Whatsapp 0177144750

Mudanya tukang urut ni!!! Tak sangka

Image
Hahaha Selalu saya dan yang pernah berurut dengan saya akan tertawa bila kali pertama berjumpa. Macam tak percaya! Muda sangat! Kata mereka Selalunya bila sebut tukang urut tradisional apa yang tergambar dalam fikiran ialah seorang lelaki tua, rambut putih, muka berkedut dan tinggal di rumah kayu di hujung kampung. Tiba-tiba yang muncul di depan rumah adalah seorang anak muda yang jika di tengah khalayak ramai tak ada siapa akan sangka anak muda ini seorang tukang urut tradisional. Hahahaha lagi kelakar bila ramai yang memanggil saya dengan panggilan "abang" didalam whatsapp dan sebagainya sebelum berjumpa walhal umur mereka sebaya ayah saya sendiri. Pernah sekali saya diinterview hampir 30 minit sebelum mula berurut kerana terkejutnya pelanggan dan rasa tak percaya dengan kemampuan saya. Pernah juga pelanggan bersalam dengan ayah saya dan menceritakan sakit-sakitnya kerana menyangka ayah saya lah tukang urut sebenarnya. Rata-rata tidak yakin pada awalnya sa...

Apa?? Bertungku untuk lelaki?? Biar betul!

Image
Alhamdulillah. Hari demi hari saya cuba tingkatkan lagi kualiti perkhidmatan dalam memberikan kepuasan urutan untuk pelanggan-pelanggan sekalian. Kini saya tambah satu lagi jenis perkhidmatan selepas mengurut iaitu bertungku. Bertungku bagi mereka yang tidak tahu bermaksud kaedah menekan/mendemah sebuah batu sungai yang dipanaskan ke beberapa poin seluruh badan. Ia bertujuan merehatkan otot dan urat serta menyingkirkan "angin". Biasanya bertungku merupakan salah satu elemen wajib dalam urutan selepas bersalin bagi wanita. Jarang lelaki dapat peluang bertungku sebenarnya menyebabkan ramai lelaki yang tak tahu betapa nikmatnya bertungku (tanyalah dekat isteri/mak sedap tak bertungku ni) Setelah beberapa bulan mencari akhirnya ketemulah saya dengan batu sungai ini, sebagai promosi permulaan berikut disertakan harga perkhidmatan ini; Bertungku : RM 20 selama 30 minit Urut seluruh badan : RM60 selama 1 jam 15 minit Refleksologi kaki : RM30 selama 30 minit Pakej A :...

Tempah awal la banggg..

Minggu ini sahaja sekitar 5 orang yang mahu berurut terpaksa saya tolak. Puncanya? Pastilah kerana bertembung masa dengan mereka yang tempah slot sebelum itu. Saya faham, kita orang lelaki memang jarang nak cari tukang urut tanpa ada sebab yang kuat. Oleh kerana itu bila sudah ada sebab yang kuat maka kita perlukan tukang urut dalam kadar paling segera. Cumanya saya masih bergerak seorang, tak mampu nak penuhi permintaan anda terutama yang perlukan urutan segera. Saya cadangkan tempah sehari awal slot urutan anda. Ini akan lebih memudahkan saya dan anda juga sebenarnya. Saya minta maaf banyak-banyak kepada mereka yang terkilan tak dapat berurut dengan saya sebelum ni. Juga saya mahu ucapkan terima kasih buat pelanggan sepanjang Syawal ini. Semoga anda sihat dan berpuas hati dengan urutan saya itu. Bermula Zulqaedah ini sedikit caj perjalanan akan dikenakan jika saya pergi ke tempat anda. Juga bermula bulan ini saya tawarkan satu lagi khidmat urutan iaitu refleksologi! ...

Berakhir sudah Ramadhan..

Ramai yang kata Ramadhan kali ini begitu banyak berita kematian diterima. Seorang sahabat saya juga pergi meninggalkan kami dengan begitu mengejut. Ia buat kita tertanya dan menginsafi betapa umur bukanlah perkara yang boleh kita panjang-pendekkan. Ia bukan dalam kawalan kita sebaliknya ia milik mutlak Allah Taala sepenuhnya. Dialah yang menghidupkan, Dialah jua yang mematikan. Cuma kita sebagai hamba yang lalai selalu terlupa bahawa kita perlu hidup untukNya. Dalam keadaan sedar kita tak berdaya mengawal umur masih lagi kita tidak mengeluarkan diri dari zon maksiat kepada zon taat. Cara dan perilaku kita seolah umur itu milik kita dan dibawah kekuasaan kita. Kini Eidulfitri menjelang, saya ucapkan Selamat Hari Raya, taqabbalallhu minna wa mingkum. Maaf zahir batin terutama buat semua yang terkilan tidak dapat berurut sepanjang Ramadhan lalu. Kebetulan telefon saya bermasalah bermula pertengahan Ramadhan dimana saya kira sebagai hadiah dari Allah untuk saya peruntukkan lebih masa...

Dah siap nak sambut Ramadhan?

Image
Ramadhan cuma setahun sekali. Tak ada siapa dapat menjamin umur kita sempat ke Ramadhan berikutnya. Maka tiapkali tiba Ramadhan kita perlu bersungguh-sungguh beribadah seakan inilah Ramadhan terakhir dalam hayat kita sebelum dijemput pulang. Tapi ramai juga mengeluh; "Lutut sakit" "Pinggang sakit" "Badan tak sedap/lesu" "Terlalu kepenatan" Kebanyakan yang mengeluh begini bukan bermaksud mereka tak mahu beribadah tapi mereka merasa terganggu dalam menjalani ibadah. Habis apa tunggu lagi? Marilah berurut! Insya'allah legakan kelesuan badan, dapat rasakan badan jadi ringan dan sedap untuk beribadah dengan izin Allah. Ikhtiarkan rawatan untuk lutut dan pinggang dengan cara berurut salah satunya. Beginilah persiapan kita untuk Ramadhan, iaitu bersiap untuk ibadah bukan sibuk bersiap untuk juadah atau 'mentekedarah'. Bulan Ramadhan ini saya masih mengurut ke? Ya insyaAllah saya masih mengurut. Cuma jadual terhad pada wa...

Diari Urut 001

Image
Semalam 14 Mei dijemput ke Seremban untuk satu majlis. Sedang membantu persiapan seorang kawan mengadu sakit badan. Oleh kerana masa singkat dan perlu utamakan majlis maka saya sempat urut sedikit dan sekejap sahaja sekitar 15 minit. Selesai urut bukan main dipuji kata ringan badan dan rasa sedap. Seperti biasalah saya pesan untuk banyakkan minum air masak selepas berurut kerana badan dia mungkin 'terkejut' dengan urutan saya. Balik rumah tengok dia posting testimoni di fb promote pada kawan-kawan dia. Haha selaku tukang urut inilah kepuasan bila lihat yang diurut bertambah baik dan menyukai urutan kita. #terusmaju #uruttradisional