Mudanya tukang urut ni!!! Tak sangka

Hahaha

Selalu saya dan yang pernah berurut dengan saya akan tertawa bila kali pertama berjumpa.

Macam tak percaya!

Muda sangat! Kata mereka

Selalunya bila sebut tukang urut tradisional apa yang tergambar dalam fikiran ialah seorang lelaki tua, rambut putih, muka berkedut dan tinggal di rumah kayu di hujung kampung.

Tiba-tiba yang muncul di depan rumah adalah seorang anak muda yang jika di tengah khalayak ramai tak ada siapa akan sangka anak muda ini seorang tukang urut tradisional.

Hahahaha lagi kelakar bila ramai yang memanggil saya dengan panggilan "abang" didalam whatsapp dan sebagainya sebelum berjumpa walhal umur mereka sebaya ayah saya sendiri.

Pernah sekali saya diinterview hampir 30 minit sebelum mula berurut kerana terkejutnya pelanggan dan rasa tak percaya dengan kemampuan saya.

Pernah juga pelanggan bersalam dengan ayah saya dan menceritakan sakit-sakitnya kerana menyangka ayah saya lah tukang urut sebenarnya.

Rata-rata tidak yakin pada awalnya saya akan dapat mengurut dengan baik. Pastilah risau nak keluar duit untuk budak mentah lagi hingusan. Nanti karang urut tak rasa habis duit sia-sia je.

Tetapi persepsi itu berubah selepas 5 minit pertama berurut! Hahaha

Walaupun saya muda, saya telah mempraktikkan urutan selama 9 tahun. Pengalaman ditambah dengan berkat ajaran guru-guru urut yang pelbagai membuatkan urutan yang saya amalkan bukan urutan biasa-biasa. Alhamdulillah setiap kali selesai mengurut para pelanggan akan berpuas hati dan mengulang urut secara berkala setiap bulan.

Pepatah kita mengatakan "kecil-kecil cili padi"

Pepatah Barat mengatakan "Dont judge book by its cover"

Insya'allah dalam masa terdekat satu lagi perkhidmatan saya akan

ditambah selain urut dan tungku iaitu bekam!

Doakan saya dapat belajar dan terus belajar meningkatkan kemahiran diri!

Comments

Popular posts from this blog

Cari tukang urut lelaki?

Apa?? Bertungku untuk lelaki?? Biar betul!