Berakhir sudah Ramadhan..

Ramai yang kata Ramadhan kali ini begitu banyak berita kematian diterima. Seorang sahabat saya juga pergi meninggalkan kami dengan begitu mengejut.

Ia buat kita tertanya dan menginsafi betapa umur bukanlah perkara yang boleh kita panjang-pendekkan. Ia bukan dalam kawalan kita sebaliknya ia milik mutlak Allah Taala sepenuhnya.

Dialah yang menghidupkan, Dialah jua yang mematikan. Cuma kita sebagai hamba yang lalai selalu terlupa bahawa kita perlu hidup untukNya. Dalam keadaan sedar kita tak berdaya mengawal umur masih lagi kita tidak mengeluarkan diri dari zon maksiat kepada zon taat. Cara dan perilaku kita seolah umur itu milik kita dan dibawah kekuasaan kita.

Kini Eidulfitri menjelang, saya ucapkan Selamat Hari Raya, taqabbalallhu minna wa mingkum. Maaf zahir batin terutama buat semua yang terkilan tidak dapat berurut sepanjang Ramadhan lalu. Kebetulan telefon saya bermasalah bermula pertengahan Ramadhan dimana saya kira sebagai hadiah dari Allah untuk saya peruntukkan lebih masa fokus mengejar ibadah.

Sekiranya tuan-tuan masih belum menemui tukang urut selain saya insya'allah saya sedia untuk dipanggil semula ketika Syawal ini. Seperti biasa saya galakkan tempahan awal slot masa berurut untuk memudahkan saya dan anda mengatur masa serta perjalanan.

Minyak urut dari Kedah,
Dilumur elok ditumpah jangan,
Eidulfitri menjelma sudah,
Raikan kemenangan tingkatkan perjuangan.


*Untuk tempahan slot urutan Syawal sila whatsapp saya 0177144750. 5 pelanggan terawal bakal mendapat duit raya (diskaun)

Comments

Popular posts from this blog

Cari tukang urut lelaki?

Apa?? Bertungku untuk lelaki?? Biar betul!

Mudanya tukang urut ni!!! Tak sangka