Berakhir sudah Ramadhan..
Ramai yang kata Ramadhan kali ini begitu banyak berita kematian diterima. Seorang sahabat saya juga pergi meninggalkan kami dengan begitu mengejut. Ia buat kita tertanya dan menginsafi betapa umur bukanlah perkara yang boleh kita panjang-pendekkan. Ia bukan dalam kawalan kita sebaliknya ia milik mutlak Allah Taala sepenuhnya. Dialah yang menghidupkan, Dialah jua yang mematikan. Cuma kita sebagai hamba yang lalai selalu terlupa bahawa kita perlu hidup untukNya. Dalam keadaan sedar kita tak berdaya mengawal umur masih lagi kita tidak mengeluarkan diri dari zon maksiat kepada zon taat. Cara dan perilaku kita seolah umur itu milik kita dan dibawah kekuasaan kita. Kini Eidulfitri menjelang, saya ucapkan Selamat Hari Raya, taqabbalallhu minna wa mingkum. Maaf zahir batin terutama buat semua yang terkilan tidak dapat berurut sepanjang Ramadhan lalu. Kebetulan telefon saya bermasalah bermula pertengahan Ramadhan dimana saya kira sebagai hadiah dari Allah untuk saya peruntukkan lebih masa...