Dah siap nak sambut Ramadhan?
Ramadhan cuma setahun sekali. Tak ada siapa dapat menjamin umur kita sempat ke Ramadhan berikutnya. Maka tiapkali tiba Ramadhan kita perlu bersungguh-sungguh beribadah seakan inilah Ramadhan terakhir dalam hayat kita sebelum dijemput pulang. Tapi ramai juga mengeluh; "Lutut sakit" "Pinggang sakit" "Badan tak sedap/lesu" "Terlalu kepenatan" Kebanyakan yang mengeluh begini bukan bermaksud mereka tak mahu beribadah tapi mereka merasa terganggu dalam menjalani ibadah. Habis apa tunggu lagi? Marilah berurut! Insya'allah legakan kelesuan badan, dapat rasakan badan jadi ringan dan sedap untuk beribadah dengan izin Allah. Ikhtiarkan rawatan untuk lutut dan pinggang dengan cara berurut salah satunya. Beginilah persiapan kita untuk Ramadhan, iaitu bersiap untuk ibadah bukan sibuk bersiap untuk juadah atau 'mentekedarah'. Bulan Ramadhan ini saya masih mengurut ke? Ya insyaAllah saya masih mengurut. Cuma jadual terhad pada wa...